Saturday, February 6

Bebel di pagi Sabtu.

"Wei kau sakit, pergilah UK (unit kesihatan)". 
"Sayang sakit tu. Pergilah UK"
"Kalau sakit pergi check kat UK."
"Kenapa tak datang kelas? MC ada?"

Dude, kenapa aku tak suka pergi UK? Even aku sakit teruk pun aku sanggup pegi hospital yang jauh tu? Sanggup keluar duit dekat klinik swasta? Kenapa ya?

Sebab....

Layanan dorang sangat TERUK! Dari kaunter pendaftaran, dengan tak senyum, dengan main phone sambil cakap dengan kita, dengan marah2, muka masam, tanya kita mcm "KAU PAHAL,SAKIT APA?!" , kau rasa? 

Masuk bilik MA (medical assistant) pula, dengan tak senyumnya, dengan muka masam, tanya SAKIT APA? Kalau dia tanya makan ubat tak? Jawab tak, kena marah ooo! KENAPA TAK MAKAN LAGI? NAK TUNGGU TENGAHARI BARU MAKAN? (ubat tu acidic tau tak?) 
Ni sakit aku dah teruk ni, dia boleh kata aku sihat. Aku baru lepas balik klinik swasta (malam td check) kata aku sakit teruk. MA UK kata awak dah sihat suhu awak normal. GRRRR dengan tak larat, dia tak bagi MC. CHOI LA. 

Keadaan aku makin teruk, pergilah hospital. Amik darah (demam lebih seminggu). Negative dengue. Just throat infection. Dapat MC. Layanan bagus. Sooooo, kau rasa???

Kau sakit teruk, tapi dapat layanan macam tu. Kau rasa apa? Sakit tak hati? Bagi aku, aku boleh lagi tahan sakit demam batuk segala infection, tapi hati aku sakit dapat layanan macam tu boleh tahan? Bukan sekali aku kena, tapi banyak kali. Aku pergi UK pun sebab uitm tak terima MC dari klinik luar, just kerajaan. Kalau dah takda transport nak hantar aku pergi hospital, pergi lah UK nak taknak kan. 

Bukan aku sorang je kena macam ni. Banyak dah aku dengar daripada luahan kawan-kawan aku pasal layanan teruk n susah dapat MC. Kami tau kami student, tapi jangan layan kami macam ni. Kita hormat-menghormati satu sama lain. Tak habis beras pun. Kau dapat gaji tiap bulan, buat lah kerja elok2. Apa guna tampal kertas kat kaunter pendaftaran berbunyi 'anda sopan kami segan, senyumlah, jangan main phone semasa berurusan dan lain-lain' tapi staff sendiri buat macam tu? 

Susah ke senyum? Tanya elok dengan lembut. Kan sedap mata dan telinga menghadap situasi macam tu. Kalau korang kat tempat kami, dilayan sebegitu rupa, kau yg sakit tu mesti kata "aku rela sakit dari pergi check-up" or "Aku rela mati je dari dilayan macam ni". Aku dah lali.

Please lah, ubah attitude, 

SHOW RESPECT, EARN RESPECT.

xoxo