Monday, May 4

I just can't figure it out.

Kekadang, kita wat sesuatu tanpa berfikir baik buruk nya. Kita buat je ikut nafsu n keinginan kita. Lepas tu baru nak menyesal. Bila da menyesal, baru nak sibuk nak berubah.

Berubah tu pun kekadang macam hangat2 tahi ayam. Kata nak berubah tp hati tak kuat lawan godaan yg datang. Last2 tak berubah pun. Same je cam yang dulu.

Orang tak faham kenapa kita nak berubah. Dah sah2 laa berubah sebab nak hidup yg lebih baik.

Dalam masa nak berubah tu, syaitan menghasut kita agar kita menjadi seperti dulu.

Kalau tekad kita tak kuat, iman kita goyah, nafsu tak dapat dikawal, hancur semuanya. Itulah. Susah jugak macam tu.

Adakalanya, kita memerlukan ruang dan masa dengan cara menjauhkan diri atau bersendirian. 

Melakukan aktiviti yang berfaedah di samping bertawakal kepada Tuhan agar dipermudahkan segala urusan. Niat kita yg murni, Tuhan tolong. Tapi diri sendiri pun kena kuat.

Jangan guna satu ayat atau perkataan tu sebagai penghalang kita berubah. Misalnya, cinta. Ni memang kuat pengaruh dia terhadap diri seseorang. Tak perlu laa aku katakana. Sendiri boleh fikir.

Niat kita murni iaitu melalukan suatu perubahan yang baik agar hidup lebih baik. Serta dapat mengelakkan kita berasa bersalah kepada diri sendiri, family dan Tuhan.

Itulah, berfikir dulu sebelum buat. Jangan menyesal kemudian sebab da tak berguna da..

Maaf kalau ada orang terasa. Post ni bukan untuk sesiapa. Sekadar untuk renungan bersama.


Thank you.

Let me gone for a while,
Flying to a silent  space.
Let time determine it.
Till we meet again.
 I’ll come back,
For good.
For sure.