Saturday, January 10

K.L.M.J

KLMJ ye. Kenangan Lalu Mengusik Jiwa. HAHAHAHAHAHA!

Aku ni kan stalker and spy yang berjaya (setakat ni laa). Sampaikan korek sampai lubang cacing pasal my old life. So terjumpa laa gambar lama, blog lama, facebook lama, myspace lama, etc. 
HAHAHAHAHAHHAHAA~

Terbaca pula kisah cinta zaman sekolah dulu. Perghhh lawak macam ape aku pun tak tahu. 

Terasa jahil zaman dulu. Sebab?

BERCINTA ZAMAN SEKOLAH.
BUDAK NAKAL.
BAJET HOT.

Nama pun baru nak up kan. Hahaha
Semua budak sekolah akan melalui proses yang sama.

Bila da makin dewasa, pemikiran kita semakin matang seiring dengan era globalisasi dan kemodenan dunia. Rohani juga mesti bersama mengiringi kematangan kita. 
(ayat terer tapi SPM BM dpt A-. Pahal???)

Aku tengok zaman sekarang ni agak jauh beza dengan zaman aku dulu. Walapun jarak dia takat 2-3 tahun camtu. Boleh nampak dan rasa kot. Perbezaan dari segi apa? 

Dari segi mentaliti, pemikiran, adat, trend dan tatasusila. 

Malaih laa nak explain panjang2. Syok sendiri je.


Well,
aku flashback ape yang aku dapat ingat pasal kisah lalu aku.
Aku rase nak kembali ke zaman tu dan ubah sikit agar lebih baik.

Malangnya takkan boleh. Kau ingat TIME MACHINE tu wujud ke?
WASHING MACHINE ada laa. HAHAHAHA~

Tapi, kalau boleh, aku rasa semua manusia mesti jadi baik and takde cacat cela sebab dari masa depan dia travel balik pi masa lalu nak betulkan khilaf masing2,

Pelik laa camtu. Mesti balance baru oke. 

Masalahnye, zaman moden ni lagi banyak kontra dari pros nye. KAN???

Berbalik pada zaman sekarang, waktu sekarang. 
BERSYUKUR lah dengan apa yang anda kecapi sekarang. Ia mungkin sementara. 
Ada peluang, manfaatkan.

Ada sebab kenapa Tuhan tak buat masa boleh undur pi belakang atau pi fast forward ke depan.

Yang pi undur belakang tu aku da cerita kan tadi.

 Fast forward iaitu pi masa depan.
Kita tak tahu apa yang akan berlaku pada masa hadapan. Cuma Tuhan yang tahu.
MANUSIA HANYA MAMPU MERANCANG,
TAPI TUHAN MENENTUKAN.

Thats why quote tu muncul beb. Kita kena berusaha dan bertawakal supaya masa depan kita baik.
Sapa laa tak mau masa depan baik. Even perompak nak masa depan dia baik yakni jadi kaya. KANNNN?

The point is we should work harder for our future. 

Because what, bila kau da dapat ape yang kau impikan, kau mesti flashback masa lalu kau.

Masa tu kau akan cakap
"Dulu aku tak mcam ni. Aku lebih baik dr yang lalu"

JANGAN LUPA MENGUCAP SYUKUR KEPADA TUHAN.

Kau berusaha untuk berjaya bukan untuk mak bapak kau, adik2 kau, kawan2 kau ke apa. Tapi UNTUK DIRI KAU SENDIRI kawan. Mereka hanya tumpang gembira atas kejayaan korang. Mereka akan berasa bangga kerana mempunya anak/abg/kakak/adik/kawan/anak murid dll macam korang.

FIKIRLAH.

Jalan menuju apa yang kita idamkan tu bukan senang. Even kucing nak berak pon manusia kacau. AHAHAHAHAH~

Anggap tu semua sebagai cabaran. Aku tau semua cabaran tu kadang2 sukar kita nak handle. But believe me, once kau dapat solution, kau tau handle kau mesti oke punye. :)

WOOOOOWWWW!

Panjang gile aku membebel kali ni. Hahahahaha.

Apa yang aku tulis ni berdasarkan pengalaman aku sendiri yang da 19 tahun hidup di atas bumi Tuhan ini.

Aku juga manusia biasa yang tak ketinggalan membuat dosa tetapi sedang berusaha gigih memperbaiki diri. 

Mekasih ya.

:)